Nani percaya hanya Manchester United dan Chelsea mampu untuk memenangi liga musim ini namun Arsenal yang dibimbing Wenger ketinggalan dua mata percaya andaian sedemikian adalah tidak matang.
“Semua orang mempunyai pendapat yang berlainan di dalam liga dan tiada siapa yang tepat,” katanya. “Saya secara peribadi tidak mengetahui siapa yang akan memenangi liga. Saya sudah mengendalikan 1,600 perlawanan, jika Nani tahu dia mestilah lebih 1,600 kali bijak daripada saya.” Arsenal akan berdepan Chelsea di Emirates Isnin ini dengan persembahan di gelanggang sendiri akan menentukan nasib Arsenal dan Wenger percaya pasukannya mempunyai peluang untuk memenangi liga pertama kali sejak 2004 atau sebaliknya.
Pertembungan itu turut memberi peluang kepada Arsenal untuk menamatkan kemarau kemenangan sama ada ke atas Chelsea atau Manchester United yang sudah berlarutan sehingga 11 perlawanan.
“Statistik adalah sejarah dan setiap perlawanan adalah permulaan yang baru,” kata Wenger. “Mereka kurang berkeyakinan sedikit berbanding Oktober. Kami mempunyai peluang untuk mempamerkan peningkatan yang lebih di dalam beberapa bulan akan datang kerana kami adalah pasukan muda.
“Saya fikir kami perlu menambahkan lagi sedikit kepercayaan dan menukarkan kekecewaan yang dialami kepada komitmen dan keazaman. Kami sedar perlu menambah sesuatu yang baru, gaya keazaman dan kepercayaan yang sedikit hilang.” Wenger turut mengakui reaksi Thomas Vermaelen apabila kembali menjalani latihan akan menentukan masa depannya pada baki musim ini.
“Jika dia mengalami sekali lagi kecederaan saya tidak tahu staf perubatan akan mampu menanganinya, namun secara keseluruhan dia kelihatan optimis untuk kembali Januari nanti,” katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment