Saturday, December 18, 2010

Inter Milan Juara Dunia !

www.tips-fb.com

Inter Milan berjaya menjuarai Piala Dunia Kelab selepas mengalahkan TP Mazembe tiga gol tanpa balas di Abu Dhabi, Emiriah Arab, Minggu (18/12) malam.

Mazembe tampil sebagai pasukan non-Eropah dan Amerika Selatan pertama layak ke kejohanan Kelab dunia ini. Pasukan yang berasal dari Republik Congo ini mengejutkan semua penonton pada awal minit ketika miala Nkulukuta menamatkan kerja sama pasukan dengan tendangan yang laju.

Tetapi, Inter bangkit dan berjaya menjaringkan gol pertama selepas 13 minit perlawanan. Diego Milito memberikan lorongan yang panjang kepada Samuel Eto'o dan dihantar kepada Goran Pandev. Dalam keadaan bebas, Pandev menendang bola melangkaui jangkauan penjaga gol Muteba Kidiaba dengan kaki kirinya.

Empat minit kemudian, Eto'o menggandakan gol bagi Inter. Dari kanan Javier Zanetti melepaskan bola kepada Pandev. Dia Gagal mengawal, bola singgah di hadapan Eto'o. Tanpa ragu-ragu penyerang yang berasal dari Cameroon ini menghujamkan tendangan yang deras ke dalam gawang Mazembe.

Eto'o merayakan gol dengan mengangkat dua kantung plastik. Tidak tahu apa makna dari perayaan tersebut.

Kemudian, Milito memperolehi dua peluang menambah gol bagi Inter. Peluang pertama ketika lepas dari perangkap off-side. Berhadapan satu lawan satu dengan Kidiaba, tendangan Milito terkena kaki penjaga gol. Kedua, ketika dia menerima umpanan Pandev, Milito terlalu ragu-ragu untuk menendang sehingga dapat diselamatkan Kasusula.

Mazembe kemudian bangkit. Sebuah tendangan laju Amia Ekanga dipatahkan oleh Lucio dengan menjulurkan kakinya. Julio Cesar kemudian diuji dengan menepis tendangan Kazembe Mihayo. Peluang seterusnya diperolehi ketika Mukok Kanda nyaris menyambut bola tepisan Cesar hasil dari umpanan silang Milota Kabangu.

Tekanan Mazembe kian bergelora. Minit 75, Mazembe memperoleh peluang keemasan. Kesalahan pertahanan membuat Dioko Kaluyituka lepas sendirian. Nasib baik Cesar dapat menangkis percubaan itu.

Akhirnya Inter menggondol gelaran juara akhirnya apabila pemain simpanan Jonathan Biabiany lima minit sebelum habis masa permainan. Lepas dari perangkap off-side, tanpa ragu-ragu Biabiany menghabiskankan umpanan dari Dejan Stankovic dari tengah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...