Sunday, December 19, 2010

Real Madrid Mesti Menang Ke Atas Sevilla Malam Ini

www.tips-fb.com
Real Madrid mesti menang atas Sevilla malam ini dalam Liga Sepanyol, Minggu (19/12) malam.

Ini kerana, Barcelona telah berjaya mengalahkan Espanyol dalam pertemuan Katalunya Sabtu malam sehingga menempatkan mereka di posisi di puncak liga dengan 43 mata sebelum cuti Krismas. Madrid kini berselisih lima mata di bawah Barcelona dan untuk menjaga persaingan perebutan gelaran juara, Los Merengues harus mengalahkan Sevilla.

Mesut Oezil menekankan syarat yang diperlukan Madrid meraih 3 mata penuh, "Konsentrasi kami harus sangat tinggi. Setiap pasukan ingin mengalahkan Madrid, ini akan menjadi perlawanan yang sangat sukar."

Modal Madrid adalah rekod sempurna di Santiago Bernabeu. Tujuh perlawanan di tempat sendiri selalu berakhir dengan kemenangan. Namun, Madrid akan kehilangan Xabi Alonso dan Marcelo akibat kad. Sedangkan Sergio Ramos, Gonzalo Higuain, Kaka, dan Jerzy Dudek mengalami kecederaan.

Sevilla di bawah kendalian Gregorio Manzano juga mempunyai rekod impresif. Manzano memenangi sembilan daripada 11 perlawanan pertamanya bersama Los Nervionenses. Tengah minggu, Sevilla mendapat dorongan motivasi setelah berjaya layak ke babak 32 besar Liga Europa selepas seri dengan Borussia Dortmund 2-2.

"Kami berharap tidak tampil inferior di Madrid. Kami tahu siapa yang kami hadapi, tapi pasukan akan bermain semaksimal mungkin. Santiago Bernabeu akan menjadi tempat sempurna bagi kami untuk keluar dari kesukaran," tukas Manzano.

Barisan Kemungkinan:

Real
Madrid (4-2-3-1) Iker Casillas; Raul Albiol, Alvaro Arbeloa, Pepe, Ricardo Carvalho; Lassana Diarra, Sami Khedira; Angel di Maria, Mesut Oezil, Cristiano Ronaldo; Karim Benzema.

Sevilla
(4-4-2) Andres Palop; Fernando Navarro, Mouhamadou Dabo, Julien Escude, Abdoulay Konko; ndri Romaric, Luca Cigarini, Renato, Diego Capel; Luis Fabiano, Alvaro Negredo.

Ramalan:
Real Madrid 2-0 Sevilla

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...