Friday, December 24, 2010

Leonardo Dinamakan Pengganti Benitez di Inter Milan

www.tips-fb.com MILAN: Bekas jurulatih AC Milan musim lalu, Leonardo dinamakan sebagai pengendali kelab Inter Milan bagi menggantikan Rafael Benitez yang ditamatkan kontraknya semalam.

Jurulatih dari Brazil itu menggantikan Benitez, selepas hanya enam bulan membimbing juara Eropah itu serta mendakap trofi Kelab Juara Dunia, awal bulan ini.
Penamatan kontrak Benitez ada kaitan dengan prestasi hambar Inter dalam saingan liga tempatan Itali serta kritikan terbukanya kepada pengurusan kelab mengenai pelaburan mendapatkan pemain baru.
"Kami mengucapkan selamat datang kepada Leonardo sebagai jurulatih Inter," kata Presiden Kelab Inter Milan, Massimo Moratti dalam laman web kelab itu hari ini.

Beliau berkata Leonardo akan berkhidmat sehingga kontraknya berakhir pada 30 Jun 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...