Wednesday, December 29, 2010

Pasukan Malaysia Dlindungi Dengan Kereta Kebal

www.tips-fb.com
Pengurusan Tempatan[LOC] AFF Suzuki Cup dan pihak polis tidak mahu mengambil risiko dalam mengawal skuad Malaysia di final pusingan kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno Jakarta, Rabu [29/12].

Menghadapi perlawanan final kali ini, pihak polis menggunakan lima kereta kebal untuk membawa pasukan Malaysia dari tempat penginapan ke Senayan, dan begitu juga sebaliknya. Kawalan ketat terhadap pasukan Malaysia juga sangat mencuit hati. Satu unit pasukan tentera bersenjata lengkap berada di depan mengiringi kereta kebal.

Malaysia tiba di Stadium Utama sekitar pukul 5.00. Cemuhan pun dikeluarkan oleh penyokong Indonesia yang sudah memenuhkan sekitar stadium sejak siang hari. Keadaan serupa juga terjadi ketika Malaysia akan kembali ke tempat penginapan.

Kawalan terhadap Malaysia berbeza dibandingkan dengan paskan lain sepanjang kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 di Jakarta. Bahkan pada perlawanan pembuka, Malaysia menggunakan bus sebagaimana pasukan-pasukan lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...