Real Madrid berjaya mempertahankan persaingan dengan pendahulu La Liga Sepanyol, Barcelona. Madrid kembali mengekori Barca setelah mengalahkan Sevilla 1-0 dalam perlawanan yang sengit di Stadium Santiago Bernabeu, isnin (20/12) .
Gol tunggal Madrid dihadiahkan oleh Angel di Maria. Kemenangan itu menjadikan Madrid menambah mata menjadi 41. Kini, mereka kembali hanya tinggal dua mata dari Barca yang sebelumnya membelasah Espanyol 5-1.
Perlawanan tersebut berjalan sengit. Bahkan Madrid sudah kehilangan bek Ricardo Carvalho yang diberi kad merah di minit ke-64. Namun, Sevilla juga akhirnya juga kehilangan Mouhamadou Dabo yang dihalau oleh penadil Clos Gomez pada akhir perlawanan.
Sevilla yang cuba bangkit mampu memberikan saingan terhadap Madrid. Bahkan serangan pasukan tetamu memaksa pertahanan belakang Pepe dan Carvalho bekerja keras. Bahkan Carvalho harus menekel keras Alvaro Negredo yang sempat mengancam gawang Madrid.
Seterusnya, striker Karim Benzema cuba melakukan tekanan terhadap pertahanan Sevilla. Namun, peluang terbaik tuan rumah diperolehi Cristiano Ronaldo melalui dua tendangan percumanya. Tetapi, cubaan dari Ronaldo masih boleh diatasikan penjaga gol Andres Palop.
Serangan Madrid di babak pertama kurang bermaya. Akibatnya tidak banyak peluang yang tercipta.
Penampilan pasukan Jose Mourinho mulai meningkat pada separuh masa kedua. Tetapi, Sevilla yang menerapkan permainan cepat juga masih menyukarkan. Negredo kembali mengancam pertahanan los Merengues setelah lepas dari perangkap offside.
Nasib baik bekas pemain Madrid ini gagal memanfaatkan peluang. Sepakannya melambung. Tidak lama kemudian, pemain sayap Angel Di Maria mendapat peringatan kerana aksi diving-nya. Mourinho kemudian mengeluarkan Benzema dan Sami Khedira yang bermain buruk. Keduanya digantikan Pedro Leon dan Esteban Granero.
Namun Madrid mulai terancam apabila Carvalho mendapat kad merah pada minit ke-64. Bek yang berasal Portugal ini melakukan kesalahan terhadap Negredo.
Dikeluarkannya Carvalho memaksa Madrid lebih fokus pada pertahanan. Sevilla makin agresif melakukan tekanan.
Tetapi, pasukan tetamu gagal memanfaatkan peluang tersebut. Sebaliknya, Madrid masih boleh mengendalikan permainan. Akhirnya, Di Maria berjaya membolosi gawang Sevilla pada minit ke-77. Dari sisi kiri pertahanan Sevilla, sepakan pemain yang berasal dari Argentina ini berjaya mengelirukan Palop.
Gol itu menjadikan moral pemain Madrid meningkat. Sebaliknya, Sevilla mula kehilangan irama permainan. Apalagi, serangan mereka tidak pernah boleh membuahkan hasil. Hingga akhir pertandingan, Sevilla bermain dengan sepuluh orang setelah diusirnya Dabo yang menyekat Di Maria pada minit ke-90.
Tambahan masa empat minit tak boleh dimanfaatkan kedua-dua pasukan. Serangan Sevilla yang menggebu di waktu yang tersisa juga tak membuahkan hasil.
No comments:
Post a Comment