
LONDON: Bintang Arsenal, Samir Nasri mencipta rasa benci di kalangan pemain Manchester United, semalam apabila bersuara betapa lawan mereka itu tidak akan bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.
Pemain Perancis berusia 23 tahun itu juga memperlekehkan lawan dari Old Trafford itu apabila berkata: “Bagus perlawanan anda di Chelsea, kelmarin dibatalkan kerana anda tidak akan menang sekalipun jika perlawanan itu diteruskan!”
Tetapi Nasri berkata: “Saya fikir gelaran liga hampir dalam genggaman kami.
“Jika dilihat, United sepatutnya berdepan Chelsea dan saya tidak boleh melihat mereka memenangi perlawanan itu. Saya juga merasakan perlawanan dalam tangan bukannya satu kepastian kerana meraih kemenangan di Blackpool bukannya mudah.
"Saya fikir kami memiliki kualiti dan kematangan yang kami tiada sebelum ini,” katanya.
eee yah, harus membakar diri mu dulu...sebelum org lainn....
ReplyDelete