Malaysia melangkah ke final Piala AFF 2010 setelah bermain seri tanpa gol melawan tuan rumah Vietnam dalam perlawanan separuh kedua semi-final Piala AFF 2010 di Stadium National My Dinh, Hanoi, Sabtu [18/12] malam WIB.
Keputusan itu sudah cukup untuk menggagalkan cita-cita Vietnam mempertahankan kejuaraan. Malaysia layak dengan kemenangan agregat 2-0, kerana pada separuh pertama telah menang dengan kemenangan 2-0.
Dengan layaknya Malaysia, maka Piala AFF 2010 bakal menampakkan juara baru. Sejak diadakan pertama kali tahun 1996, hanya tiga negara yang tampil sebagai juara, iaitu Thailand, Singapura dan Vietnam.
Kali ini, tiga pasukan yang masih kekal bersaing, Malaysia, Indonesia dan Filipina tidak pernah sekalipun menjadi juara.
Bermain di hadapan sekitar 40 ribu penonton, Vietnam terus melakukan tekanan ke pertahanan Malaysia. Sebaliknya, Malaysia lebih fokus kepada pertahanan sambil sesekali melakukan serangan balik yang cukup mengkucar-kacirkan barisan belakang tuan rumah.
Banyak peluang berjaya didapati Vietnam untuk menembus gawang Malaysia. Tetapi, peluang itu gagal ditukar menjadi gol oleh barisan depan pasukan Negeri Paman Ho. Skor seri tanpa gol bertahan hingga babak pertama selesai.
Di babak kedua, Vietnam tidak memperlahankankan serangan ke pertahanan Malaysia. Sementara Malaysia lebih berani bermain terbuka untuk mengatasi gelombang serbuan pemain Vietnam.
Walaupun Malaysia bermain sedikit terbuka, Vietnam tetap tidak mampu menembusl gawang pasukan didikan K Rajagobal. Bahkan, pemain Vietnam mulai kecewa, sehingga cuba cara 'lain' untuk memetik kemenangan.
Malangnya, pengadil terlalu jelek melihat aksi pemain Vietnam. Usaha tuan rumah untuk mendapatkan gol melalui penalti telah menghasilkan kad merah. Pham Thanh Luong diberikan kad kuning kedua pada minit ke-72, sehingga dihalau keluar padang.
Malaysia pun memanfaatkan keunggulan jumlah pemain untuk memperbesar keunggulan agregat. Dua peluang emas didapat Mohd Safee dan Mohd Amri, tapi berjaya digagalkan Duong Hong Son. Skor tanpa gol ini bertahan hingga pertandingan berakhir.
No comments:
Post a Comment