Sempat ditarik keluar kerana masalah hamstring, pihak kelab menegaskan Sturridge hanya mengalami gangguan kecil.


Liverpool telah mengumumkan, Daniel Sturridge kemungkinan besar sudah sihat hujung minggu ini, tepatnya saat laga kontra Norwich City.
Sturridge sempat mengalami masalah hamstring semasa The Reds menang 3-2 atas Manchester City, Minggu (13/4). Walaupun begitu, pihak kelab menegaskan sang penyerang hanya mengalami gangguan kecil.   

"Sturridge harus ditarik keluar di minit 66 dalam kemenangan 3-2 atas Manchester City hujung minggu lalu," ungkap pihak kelab melalui laman rasminya.  "Sturridge telah menjalani pemeriksaan lebih lanjut dengan pasukan perubatan di Melwood dan yang dikesan hanyalah gangguan kecil."
"Pemain 24 tahun ini akan menjalani proses pemulihan agar boleh bermain dalam lawatan pasukan ke Carrow Road."

Kini, Liverpool unggul dua mata atas Chelsea di dalam Liga Perdana Inggeris.