Peluang Indonesia untuk menjadi juara AFF Suzuki Cup 2010 menjadi susah apabila mereka kalah 3-0 dengan Malaysia pada pertandingan pusingan pertama final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malam tadi 26/12/2010
Dengan ini,Indonesia perlu mejaringkan gol kemenangan dengan empat gol untuk menjadi juara. Tetapi Malaysia, walaupun kalah 2-0 di Stadium Utama Gelora Bung Karno nanti pun sudah cukup untuk memastikan Malaysia menjadi juara buat kali pertama.
Bila dilihat dari pengalaman Malaysia yang mendapat kemenangan 2-0 atas Vietnam di pusingan pertama semi-final, dan mendapat seri tanpa gol di Hanoi, pasukan Malaysia akan bermain secara bertahan di Jakarta pada 29 Desember nanti untuk mengekalkankan kelebihan tiga gol ke atas Indonesia.
Bermain di stadium lawan, pasukan Indonesia memberikan saingan yang sangat sengit. Malaysia yang bernafsu untuk membalas kekalahan memalukan 5-1 pada peringkatkumpulan A lalu melakukan tekanan hebat ke pertahanan pasukan Indonesia.
Perlawanan baru berjalan lapan minit apabila Malaysia mendapat sepakan sudut, penjaga gol Indonesia Markus Haris Maulana melakukan protes kerana ada sinar laser yang ditujukan ke mukanya.
Persaingan di tengah antara Indonesia dan Malaysia lebih banyak pada separuh masa pertama. Selepas minit ke-15, Malaysia mula menguasai permainan. Malaysia memberikan tekanan membuat pertahanan Indonesia bekerja keras menghalang pergerakan bola.
Pada minit ke-19, Kunanlan Subramanian berjaya menggelecek dua pemain Indonesia sebelum melepaskan tendangan dari luar kotak penalti ketika dia mendapat ruang tetapi Markus berjaya menggagalkannya.
M Ridwan melakukan kesalahan beberapa minit kemudian. Umpanan Ridwan kepada Firman Utina di depan kotak penalti terlalu lemah, sehingga dirampas pemain Malaysia. Mohd Safiq Rahim yang mendapat bola melepaskan tendangan lambung dan melewati palang.
Setelah mendapat tekanan, Indonesia cuba untuk bangkit untuk menggempur pertahanan Malaysia. Peluang emas untuk Ahmad Bustomi yang berdiri bebas di sisi kanan pertahanan Malaysia pada minit ke-28. Tapi sepakannya melencong ke sisi gawang Khairul Fahmi Che Mat.
Apabila hampir habis separuh masa ke 1, Firman melepaskan sepakan dari luar kotak penalti, tapi bola melewati palang. apabila habis separuh masa pertama, masih lagi seri 0-0
Pada separuh masa ke 2, Indonesia mengancam pertahanan Malaysia. Baru 3 minit, Cristian Gonzales sudah membolosi gawang Malaysia, namun gol dari pemain Persib Bandung itu dibatalkan pengadil kerana offside.
Pada minit ke-54, permainan diberhentikan sebentar kerana banyak sinar laser ditujukan kepada pemain Indonesia. Namun beberapa minit kemudian, pertandingan kembali disambung.
Dan bermulalah serangan bertalu-talu dari Malaysia. Banyak serangan dilakukan tetapi berjaya dihalang sehinggalah minit ke 61 apabila Malaysia berjaya menggegarkan jaring Indonesia.
Kelemahan barisan pertahanan Indonesia menghalang gerakan Pemain Malaysia akhirnya membawa padah. Kerja sama satu-dua melalui passing pendek antara Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee sukar dihalang oleh pertahanan Indonesia. Mohd Safee akhirnya berjaya membolosi gawang Markus.
Tujuh minit kemudian, umpanan pendek yang dimainkan Malaysia membuat Indonesia kelelahan. Safee menjadi duri dalam daging bagi pertahanan Indonesia, bermula dari pergerakan striker Malaysia itu, Markus untuk kedua kali memungut bola dari gawangnya setelah sepakan deras M Ashari Samsudin meranapkan gawang gol Indonesia.
Kelebihan dua gol membuatkan Malaysia semakin ganas. Tuan rumah mengganas lagi didepan gawang Indonesia apabila penyerang handalam Malaysia Mohd Safee Salee yang berdiri bebas tanpa kawalan. Tandukan Mohd Safee Salee pun membolosi gawang Indonesia pada minit ke-73. 3-0 untuk menambahkan kelebihan Malaysia.
Indonesia yang berusaha mengejar untuk mengecilkan kelebihan bertemu kesukaran untuk menembusi pertahanan solid Malaysia ang diketuai Muslim Ahmad. Pasukan Indonesia hanya boleh melepaskan sepakan dari luar kotak penalti.
Walaupun mendapat peluang untuk menjaringkan gol, Indonesia tetap tidak mampu menembusi gawang Malaysia sehinggalah Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan 3-0.Syabas Malaysia!Mari kita nyanyikan lagu negaraku!sebarkan artikel ini kepada kawan-kawan kita.
MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!!
No comments:
Post a Comment