Pasukan Carlo Ancelotti menang 3-0 tahun lalu, dengan dua jaringan Drogba membantu kelab itu meraih gelaran Liga Perdana Inggeris dan Piala FA buat kali pertama, malah mereka juga menang 2-0 di Stamford Bridge di mana Drogba turut menyumbang gol.
Pemain Ivory Coast itu meneruskan rentak gemilangnya menentang Arsenal musim ini, dengan jaringan ketika mereka menang 2-0 Oktober lalu, menjadikan 10 gol dalam 14 pertemuan menentang anak buah Arsene Wenger.
Biarpun jangkitan malaria menjejaskan sumbangan Drogba dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Ancelotti percaya dia mampu menjadi penggerak utama kemenangan kali ini.
“Arsenal mempunyai kemahiran dan mampu mempamerkan aksi bola sepak yang hebat tetapi mungkin pertahanan mereka boleh dibolosi jadi kami perlu menggunakan kepakaran untuk mencari ruang mencipta kesukaran di barisan pertahanan mereka,” kata Ancelotti.
“Saya fikir mereka agak gerun dengan prestasi Drogba kerana dia bermain dengan baik ketika menentang mereka. Jika Drogba beraksi di tahap terbaik, kami mempunyai lebih peluang untuk menang.
Masalah bagi Chelsea ialah Drogba bergelut mencapai tahap terbaiknya sejak mengalami penyakit itu dan dia tidak pernah menjaringkan gol menerusi permainan terbuka dalam tempoh dua bulan tetapi penangguhan perlawanan menentang Manchester United hujung minggu lalu memberi peluang buat penyerang itu meningkatkan kecergasan manakala Frank Lampard semakin pulih daripada pembedahan hernia.
“Kami berlatih dengan baik. Kami perlu memperbaiki keadaan pasukan dengan memanfaatkan waktu ini dan bersedia untuk beraksi.
“Zhirkov, Benayoun dan Alex masih belum boleh diturunkan tetapi pemain lain sudah menjalani latihan dan semuanya dalam keadaan baik serta boleh bermain.
“Saya fikir, Lampard teruja untuk kembali bermain selepas begitu lama berehat. Saya fikir dia mampu memberi sokongan menakjubkan kepada pasukan menerusi permainannya,” katanya.
No comments:
Post a Comment