Sunday, December 26, 2010

Menang 4-0 Sukar, Tapi 3-0 Masih Boleh - Jurulatih Indonesia

www.tips-fb.com Kekalahan 3-0 yang dialami pasukan Indonesia kepada Malaysia tidak membuatkan jurulatih Alfred Riedl menyerah kalah. Menurut jadual, Separuh Final kedua akan berlangsung Rabu (29/12) di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Indonesia perlu kemenangan 4-0 agar boleh menjadi juara. Tetapi menurut Riedl, dia akan berusaha untuk membawa pasukannya menang minima 3-0 sehingga ke masa tambahan.

"Kami sudah bermain baik sepanjang kejohanan dan sekarang kemungkinan gagal di final. Itulah dia bola sepak, kadang menyukarkan, tapi tidak ada yang mustahil," kata Riedl.

"Untuk menang 4-0 mungkin terlalu sukar. Menang 5-1 akan lebih bagus lagi, dan masih mungkin terjadi kerana kami pernah mengalahkan Malaysia dengan jumlah jaringan itu. Tetapi saya memikirkan 3-0 pun boleh, meskipun sukar.

"Saya akan bercakap dengan semua pemain untuk menjaga konsentrasi di padang pada perlawanan di Jakarta. Kami harus mengambil risiko, dan pemain harus lebih sabar kerana sudah tertinggal tiga gol."

Riedl mengungkapkan, tidak terlalu banyak masalah yang dialami dari pusingan pertama ini.kecuali , gol pertama yang dianggap jurulatih berdarah Austria itu menyukarkan skuad asuhannya.

" Setelah jarngan 1-0 semuanya menjadi sukar," katanya.

"Masih ada peluang dan saya akan menyiapkan banyak hal dengan semua pemain."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...