Friday, December 24, 2010

Chelsea Tidak Sehebat Dahulu: Terry

www.tips-fb.com LONDON: John Terry mengakui Chelsea bukan lagi pasukan seperti dulu berikutan masalah kecederaan dan penggantungan.

Chelsea kini mempamerkan persembahan paling buruk di dalam Liga Perdana di dalam tempoh satu dekad, berikutan ketiadaan Terry, Frank Lampard dan Michael Essien.


Tidak dinafikan, Chelsea sudah membentuk satu pasukan yang kuat sejak beberapa tahun ini namun perubahan polisi mencetuskan persembahan buruk dengan lebih ramai pemain muda dibawa masuk berbanding pemain berpengalaman.

Kesannya tidak secara langsung apabila juara bertahan itu berada antara tempat teratas namun mereka hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir untuk berada di tempat keempat liga.


Kini pemain utama mereka sudah kembali dan Terry, kapten kelab itu yakin pesaing mereka akan melakukan kesilapan sebelum penghujung musim ini.


Namun dia percaya adalah penting kepada Chelsea supaya tidak lagi berdepan masalah kecederaan di kalangan pemain ternama menjelang tempoh yang sibuk pada masa akan datang.

“Kami kehilangan beberapa pemain utama pada saat yang penting dan kini adalah penting untuk semua orang cergas pada musim Krismas ini kerana kami mempunyai dua perlawanan besar di dalam tempoh tiga hari,” katanya.


“Pada masa lalu, kami adalah skuad yang besar dan boleh membuat giliran dengan meletakkan pemain lain.

“Kami sudah kehilangan kelebihan itu. Kami seperti skuad muda dan ini adalah masanya untuk semua pemain mengukuhkan persefahaman seperti kebiasaannya.


“Sebaik mencapai persefahaman semuanya akan berjalan lancar dan menunggu pasukan lain untuk melakukan kesilapan, saya yakin mereka akan lakukannya,” katanya.


Kini genap sebulan kali terakhir Chelsea menikmati kemenangan di dalam semua pertandingan yang juga kerana perlawanan menentang Manchester United ditangguh kerana musim sejuk yang melampau.


Ini bermakna Chelsea sudah tidak beraksi selama 15 hari dan akan kembali pada Isnin ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...