Jawatan Hodgson dalam taruhan menyusul akibat kekalahan dari Wolverhampton Wanderers di tempat sendiri tengah minggu. Umum Liverpool pun tidak nampak tidak berghairah menyaksikan perlawanan melawan Bolton kerana nampak kira-kira 10 ribu bangku stadium Anfield kosong.
Pertandingan babak pertama berjalan tidak mudah bagi tuan rumah. Fabio Aurelio melakukan sebuah kesalahan tidak perlu atas Rodrigo Moreno. Dari tendangan bebas yang diambil Matthew Taylor, bola dilesakkan Kevin Davies ke dalam gawang Pepe Reina.
Liverpool berupaya bangkit. Sebuah umpan silang Dirk Kuyt berjaya mencapai Lucas Leiva. Tapi, dengan gawang di depan mata, Lucas menendang bola ke samping gawang. Rasa kecewa Lucas tergambar ketika melakukan kesalahan kasar di saat tambahan waktu babak pertama sehingga mendapat kad kuning.
Penampilan Pool jauh berubah pada 45 minit kedua. Setelah berkali-kali cuba, umpan Steven Gerrard disambut tendangan voli Fernando Torres. Jussi Jaaskelainen sia-sia sahaja menghadangnya.
Peluang terus mengalir. Torres selamat dari ancaman kad merah ketika mendorong wajah Gary Cahill dalam sebuah perebutan bola. Striker Sepanyol itu kemudian membuang sebuah peluang dengan menendang bola melebar.
Ketika perlawanan tampaknya berakhir sama kuat datanglah Joe Cole. Pemain pengganti ini berada di kedudukan yang tepat saat menyambut bola muntah hasil umpan silang Glen Johnson dari sayap kanan. Bola diteruskan Maxi Rodriguez dan tanpa kawalan bererti Cole melesakkan gol kemenangan.
Tambahan tiga angka tidak hanya memanjangkan nafas Hodgson, tetapi juga meletakkan Liverpool ke peringkat sembilan klasemen. Sementara itu, Bolton melorot ke peringkat tujuh dengan 29 mata.
actually.. gerrard save the day
ReplyDeletehttp://redsonthespot.blogspot.com/2011/01/ulasan-liverpool-vs-bolton.html