Syarikat India yang memiliki kelab itu, Venky pernah menyatakan minat mendapatkan Ronaldinho menerusi laman web sembang, Facebook pada pagi Ahad lalu tapi beberapa jam kemudian, pengarah syarikat, Venkatesh Rao menafikan khabar itu.
Beliau berkata khabar berkenaan tidak benar sama sekali dan Rovers tidak pernah berminat mendapatkan bintang Brazil itu.
Tapi malam kelmarin, kakaknya yang juga pengerusi Venky, Anuradha Desai mengakui mereka sudah membuat tawaran rasmi kepada AC Milan.
Beberapa tokoh senior di Ewood Park turut mendakwa bahawa mereka tidak tahu menahu mengenai usaha mendapatkan Ronaldinho.
Bintang Samba itu kini berada di negara kelahirannya, Brazil dan mencari-cari kelab yang sanggup membelinya dalam usaha kembali ke pangkuan skuad kebangsaan.
Abang dan juga penasihatnya, Roberto Assis mengesahkan Flamengo, Palmeiras dan Gremio berminat membawa pulang pemain berusia 30 tahun itu.
Beliau mengakui dihubungi individu dari Rovers dan berkata: “Kami tidak tahu apa yang bakal berlaku. Tapi kami mahu dia kembali bermain di Brazil.” Venky mendakwa yuran perpindahan serta gaji bukanlah satu masalah besar bagi mereka. Mereka sanggup menawarkan gaji sebanyak lebih �6 juta (RM28.6 juta) setahun kepada pemain itu.
Sementara itu, pengendali sementara Rovers, Steve Kean lebih berminat untuk bercakap mengenai David Beckham.
Beliau berkata: “Jika dia benar-benar mahu kembali ke negara ini, kami berminat untuk mendapatkannya.”
No comments:
Post a Comment