Gol tunggal kemenangan Tottenham diciptakan Gareth Bale selepas menyambut sepakan bebas bebas Rafael van der Vaart. Keputusan ini merupakan rangkaian kemenangan kali ketiga berturut bagi Spurs.
Awal perlawanan menjadi milik tuan rumah. Sebuah umpan silang Bale gagal dimanfaatkan Roman Pavlyuchenko. Sebagai balasan, kombinasi Andy Johnson dan Clint Dempsey menghasilkan umpan kepada Dickson Etuhu. Tapi, peluang pun terbang percuma.
Tottenham kehilangan Alan Hutton yang cedera pada minit ke-26 dan Vedran Corluka pun masuk menggantikan. Dua kali usaha tuan rumah selanjutnya tidak berjaya menakluk Mark Schwarzer di bawah gawang Fulham.
Namun, Schwarzer tidak boleh lagi menyelamatkan gawangnya dari sundulan Bale tiga minit sebelum rehat.
Beberapa saat kemudian, Bale nyaris menggandakan keunggulan jika Schwarzer tidak sigap mengamankan tendangannya.
Fulham meraih peluang menyamakan kedudukan, tapi Damien Duff gagal memanfaatkan dua peluang yang didapati. Sebuah tendangan Johnson berjaya ditepis Heurelho Gomes dan sebelum bola liar dimanfaatkan pemain Fulham, Michael Dawson menyelamatkannya keluar lapangan.
Kedua-dua pasukan saling betukar peluang pada babak kedua. Aaron Lennon memperoleh peluang emas menambah keunggulan Spurs, tapi tendangannya gagal menemui sasaran meski Peter Crouch dan Jermaine Jenas sudah menunggu diberi umpan.
Kedudukan 1-0 tetap bertahan hingga akhir pertandingan. Tottenham kini mengumpul 36 mata di kedudukan keempat klasemen dan untuk sementara menggeser Chelsea yang baru bertanding melawan Aston Villa, Minggu esok.
No comments:
Post a Comment