Tuesday, January 4, 2011

Peluang Chelsea Mengejar Kejuaraan Liga Tipis

www.tips-fb.com LONDON: Carlo Ancelotti sedar peluang Chelsea mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin tipis selepas sekali lagi tercicir mata berharga ketika bertemu Aston Villa.

Gol penyamaan Aston Villa pada masa kecederaan ketika seri 3-3 meranapkan impian The Blues melakar kemenangan sekali gus meningkatkan tekanan ke atas mereka sebelum berkunjung ke Wolverhampton yang kini terperosok di tangga bawah liga.


Dengan menduduki tangga kelima, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Manchester United dan sudah bermain lebih satu perlawanan, hanya kemenangan di Molineux malam esok memastikan skuad kendalian Ancelotti mampu terus bersaing merebut kejuaraan.

Bercakap kepada media selepas perlawanan bertemu Villa, Ancelotti meramalkan kunjungan United ke Stamford Bridge pada 1 Mac depan bakal menentukan sama ada pasukannya mampu mempertahankan kejuaraan atau sebaliknya.


Bagaimanapun, impian mempertahankan kejuaraan akan berkecai lebih awal jika Chelsea tidak menyelesaikan masalah pada bahagian pertahanan yang membantu mereka melakar kejuaraan liga dan Piala FA, musim lalu.


Kemunculan semula Branislav Ivanovic selepas digantung satu perlawanan akan memperkuatkan tonggak pertahanan bersama-sama pemain remaja, Jeffrey Bruma yang beraksi sepenuh masa ketika bertemu Villa.

Bruma, 19, bagaimanapun melakukan kesilapan sehingga membolehkan Emile Heskey menjaringkan gol kedua Villa.


Gol penyamaan Ciaran Clark menghancurkan harapan Chelsea yang sebelum itu di depan 3-2 menerusi jaringan John Terry dan Bruma menegaskan, The Blues perlu beraksi lebih baik.

“Setiap orang tahu, perlawanan di Liga Perdana Inggeris sangat pantas dan keras. Jika kami tidak beraksi mengikut corak permainan sendiri, pihak lawan pasti mendominasi permainan,” katanya.


Masalah pada bahagian pertahanan Chelsea akan selesai apabila Alex kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan lutut meskipun dia dikatakan tidak dapat diturunkan sehingga akhir bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...