Spurs gagal beraksi baik ketika bertemu Aston Villa, Newcastle dan Fulham tetapi masih mampu mengumpul mata penuh untuk menduduki tangga keempat liga menjelang pertemuan dengan juara bertahan, Chelsea.
Selepas itu, mereka berkunjung ke Goodison Park bertemu Everton dan pada masa sama, kemungkinan bekas pemain antarabangsa England, David Beckham akan tiba dari Los Angeles Galaxy secara pinjaman sehingga Mac depan.
Redknapp menyatakan, meskipun Beckham sudah berusia 35 tahun, dia mampu memberi sumbangan besar, sama seperti dilakukan William Gallas (gambar) pada musim ini.
“Saya membawa Gallas ke sini dan ketika itu setiap orang berkata, saya membuat keputusan gila. Tapi kini, lihatlah betapa hebatnya aksi Gallas.
“Saya membawa Nwankwo Kanu (Portsmouth) enam tahun lalu. Mereka yang mengenali pemain itu berkata dia pasti menamatkan karier dengan cepat tapi lihatlah, sekarang dia masih lagi bermain. Dia menjaringkan gol ketika separuh akhir dan final Piala FA,” katanya.
Redknapp mengingatkan barisan pemainnya untuk terus percaya bahawa Spurs mampu memenangi kejuaraan pertama mereka sejak 1961 dan pemain pertahanan, Michael Dawson turut yakin dengan kemampuan kelab yang diwakilinya itu.
“Kenapa tidak? Kita mempunyai peluang memenangi kejuaraan ini. Banyak pasukan mampu meraih kejuaraan. Manchester City umpamanya mencatat satu lagi kemenangan, begitu juga dengan Manchester United. Peluang masih terbuka luas.
“Lima pasukan mampu menjulang kejuaraan kali ini tapi apapun, kami akan menumpukan pada setiap perlawanan terlebih dulu,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment