Pertandingan juga diwarnai dengan kejayaan Wayne Rooney mengakhiri kemarau gol. Sudah sembilan bulan dihabiskan Rooney tanpa pernah mencetak gol melalui open play dan gawang West Brom menjadi yang pertama merasakannya.
United mampu unggul cepat. Minit ketiga, Gabriel Obertan memberikan bola kepada Patrice Evra yang langsung melayangkannya ke tiang jauh. Di sana, Rooney berdiri tenang dan mengarahkan sundulan ke sudut yang tak terjangkau Scott Carson.
Gol tersebut mencetuskan semangat West Brom. Tekanan dilancarkan dan United harus bermain bertahan. Nemanja Vidic berupaya mematahkan bola yang menuju Peter Odemwingie, tapi bola mengarah kepada James Morrison. Tanpa ampun, penyerang berusia 24 tahun ini melepaskan tendangan voli yang tak sanggup dibendung Tomasz Kuszczak.
Odemwingie menjadi salah satu ancaman utama bagi United, begitu juga dengan penampilan Chris Brunt. Momen kontoversial bagi tuan rumah berlaku pada minit ke-63. Ketika Graham Dorrans tinggal berhadapan dengan Kuszczak, Gary Neville datang dan menjatuhkan pemain tuan rumah itu.
Umum The Hawthorns menanti penalti dan kad merah untuk Neville, tapi pengadil Chris Foy hanya memberikan hadiah yang pertama. Itupun gagal dituntaskan Odemwingie kerana eksekusinya melebar.
Keadaan pun berbalik. Hernandez, masuk menggantikan Dimitar Berbatov yang tidak tampil efektif, berjaya meneruskan umpan Rooney menjadi gol kemenangan United pada minit ke-75. Gol itu merupakan gol kelapan Hernandez di Liga Primer.
Peluang West Brom menyamakan kedudukan didapati Jerome Thomas, tapi peluang itu mampu digagalkan dengan gemilang oleh Vidic.
Kemenangan ini juga menimbulkan kerugian bagi United. Saat pertandingan memasuki minit terakhir, Rooney mengalami kecederaan dan terlihat berjalan pincang sehingga menyisakan kebimbangan tersendiri.
No comments:
Post a Comment