London: Penyandang juara Piala FA, Wigan Athletic berazam mencipta satu lagi kejutan besar selepas kejayaan ke atas Manchester City musim lalu apabila mereka berdepan Arsenal pada separuh akhir di Wembley, awal pagi Ahad ini.
Hull City yang tidak pernah layak ke final dan hanya sekali mara ke separuh akhir 85 tahun lalu, menentang Sheffield United pada separuh akhir kedua Ahad ini.
United, juara Piala FA empat kali antara 1899 dan 1925, membida untuk muncul kelab pertama dari divisyen tiga layak ke final.
Tampil dengan status Liga Perdana, Arsenal dan Hull bermula sebagai pasukan pilihan namun Wigan atau United tidak boleh dipandang rendah.
Wigan berusaha kembali ke Liga Perdana selepas muncul pasukan pertama memenangi Piala FA dan kemudian tersingkir ke divisyen bawahan pada musim sama tahun lalu, manakala persembahan United meningkat selepas permulaan hambar.
Kelab Sheffield itu menundukkan pasukan Liga Perdana, Fulham dan Aston Villa dan pasukan divisyen dua Nottingham Forest serta Charlton Athletic dalam laluan mereka ke separuh akhir.
Kedua-dua perlawanan akan menandakan ulang tahun ke-25 tragedi Hillborough, apabila 96 penyokong terbunuh pada separuh akhir 1989 antara Liverpool dan Nottingham Forest di gelanggang Sheffield Wednesday.
No comments:
Post a Comment