Monday, April 14, 2014

Chelsea Terus Hambat Liverpool Untuk Kejuaraan Liga Perdana Inggeris !

www.tips-fb.com

LONDON: Chelsea masih memberi saingan hebat kepada Liverpool untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Swansea 1-0 di Stadium Liberty di Wales, malam tadi.

Chelsea berada pada kedudukan selesa apabila bermain menentang 10 orang selepas pemain pertahanan Swansea Chico Flores dilayangkan kad kuning pertama pada minit ke-14 disusuli kad kuning kedua pada minit ke-16 sekali gus dibuang padang.


Dengan kemenangan itu, Chelsea hanya dua mata di belakang Liverpool selepas 34 perlawanan.

Foto
DEMBA Ba meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan. FOTO EPA

Kejuaraan Liga dijangka ditentukan apabila kelab diurus Jose Mourinho itu ke Anfield dalam masa dua minggu.


Kedudukan Swansea kini merudum di tangga ke-15 dan hanya tiga mata di atas zon penyingkiran berbaki empat perlawanan.

Terdahulu, Liverpool memantapkan kedudukan di tangga teratas Liga dengan kemenangan 3-2 yang mendebarkan ke atas Manchester City. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...